Showing posts with label Koleksi-Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Koleksi-Istimewa. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

SELAMAT JOHOR (JAWI)

Selamat Johor (Jawi)
Buku 'Selamat Johor' ini diterbitkan semula oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2009 seperti bentuk asal. Selamat Johor merupakan sebuah karya tulisan seorang tokoh besar dan pejuang terbilang negara, Dato' Onn Ja'afar.

Buku ini dihasilkan sebagai tanda kenang-kenangan Sempena Ulangtahun Keempat Puluh Sultan Ibrahim bersemayam bersemayam di atas takhta kerajaan Johor. Buku ini merakamkan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku terutamanya dalam era pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim seperti pembukaan tambak Johor, perkembangan pesat bandar Johor, cerita-cerita mengenai kepimpinan Sultan Johor terutamanya Sultan Ibrahim, bendera-bendera Johor, pakaian Melayu Johor dan lagu rasmi Negeri Johor.
Buku ini juga dihiasi dengan pengumpulan gambar-gambar Sultan Ibrahim sejak berusia 13 hingga 61 tahun dengan pelbagai jenis pakaian baginda.

Penulis Asal : Dato' Onn Jaafar 1935
Terbitan Semula : Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2009
Bil. Muka Surat: 100
Kulit: Keras
Harga: RM 130.00
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Monday, June 16, 2014

TAJ AL-SALATIN: MAHKOTA RAJA RAJA

Taj-Al-Salatin: Mahkota Raja Raja

Manuskip Taj Al- Salatin yang telah disalin oleh Muhammad bin Umar Syaikh Farid pada 4 Zulhijjah 1239 (31 July, 1824) dianggap sebagai naskah Melayu tercantik yang pernah ditemui dan sekarang tersimpan (dan dipamerkan) di Muzium British, London.

Taj al-Salatin atau “Mahkota Raja-raja” merupakan kitab pertama dalam sastra Melayu Islam yang membicarakan masalah etika, kepemimpinan, politik, dan manajemen pemerintahan. Kitab ini selesai ditulis di Aceh Darussalam pada tahun 1603 M oleh Bukhari al-Jauhari, seorang ulama dan sastrawan Melayu abad ke-16 hingga 17 M. Buku ini terutama berisi petunjuk dalam menjalankan pemerintahan dan memimpin rakyat yang majemuk secara etnik, agama, dan latar belakang kebudayaan.

Penulis : Muhammad Haji Salleh
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2001
Kulit : Keras
Harga Asal: RM350.00
Pos Laju: RM10.00

Friday, June 13, 2014

SENJATA-SENJATA DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU JOHOR

Senjata-Senjata Di Zaman Kesultanan Melayu Johor
Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan 'Ke' dan 'aris' yang bermakna tenang, lambat dan halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu. Di Aceh ia dikenali sebagai Rencong, di Sulawesi sebagai Badek, Jawa Barat sebagai Kujang dan Jawa Tengah serta Timur sebagai Keris. Kini ianya menjadi lambang kebangaan orang-orang Melayu serta kepulauan sekitarnya. Dipercayai seni perkerisan telah bertapak sejak 600 tahun dahulu di Tanah Melayu. Terdapat juga cacatan sejarah tentang penemuan senjata pendek bergambar manusia pada hulunya yang dijumpai di Vietnam lebih 2000 tahun dahulu. Penemuan ini menunjukkan kekayaan seni persenjataan tradisional yang pada suatu masa dahulu berkembang dengan begitu pesat.

Jika diteliti sejarah purbakala, terdapat unsur-unsur alam semulajadi seperti tanah, batu, pasir, tembaga besi, emas, perak, berlian, batu permata serta batu delima yang menghiasi dan memperkukuhkan bentuk keris serta senjata-senjata lain. Elemen-elemen ini jarang kita ketemui di dalam seni perkerisan kini. Senjata di akhir abad ke-20 kini didapati tercipta menggunakan alat-alat tertentu. Sebagai perbandingan kita dapati seni pertukangan senjata dahulu terutamanya keris dihasilkan melalui tangan-tangan manusia serta unsur-unsur tradisional lain dengan penuh ketelitian dan peradaban. Mereka ini dikenali sebagai Empu yang menjalankan aktiviti pertukangan keris ini di dalam lingkungan istana. Jelas, ianya merupakan suatu kerjaya yang dikagumi suatu masa dahulu. Keris-keris ini kemudiannya disepuh dengan pelbagai air yang didapati dari unsur-unsur semulajadi yang suci seperti air hujan, air yang tersimpan di masjid dan air dari tujuh kuala/pulau. Upacara sepuhan ini juga dilakukan pada hari-hari yang diutamakan seperti hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan.

Tidak hairanlah, unsur-unsur suci ini menjadikan senjata sebagai alat persenjataan (untuk tujuan yang hak), kekebalan dari malapetaka, semangat yang kuat, peribadi yang tinggi, penyembuh penyakit, sebagai azimat serta bagi upacara pembersihan jiwa. Namun begitu, setiap upacara serta kepercayaan di atas dipengaruhi oleh pegangan agama serta adat yang praktis oleh masyarakat sezamannya.

Atas pengaruh inilah keris dan senjata-senjata lain tidak terlepas dari unsur-unsur jahat yang dianuti oleh penggunanya yang tidak diredhai Allah S.W.T. Akan tetapi kita harus berbangga kerana senjata-senjata ini walaupun telah hilang sebahagian besar unsur-unsur kekuatannya, masih lagi diterima dan telah diangkat martabatnya sebagai alat kebesaran diraja amnya dan di Johor khasnya. Senjata-senjata juga didapati digunakan di dalam upacara-upacara persilatan serta pameran dan menjadi koleksi berharga pencinta senjata tanah air.


Penulis: Hanizah Jonoh
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 1997
Bil. Muka Surat: 130
Kulit: Lembut
Harga: RM 97.00
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Stok: Ada

SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR

Surat-Surat Perempuan Johor 
Novel "Surat-Surat Perempuan Johor" sebuah karya epistolarian memaparkan pengalaman perasaan dan pemikiran dua watak wanita bangsawan Johor. Sebuah karya sejarah yang sebenar, mengupas sejarah sejak dari asal-usul penciptaan khalifah Allah hingga kepada pesan dan nasihat menegakkan peradaban mulia, meluncur mengingatkan perdaya Barat, mendorong memperkasa umat.

Hanya kematian yang memisahkan mereka dari perjuangan suci. Sejarah adalah kenderaan, warkah adalah catatan taujih dan mulahazah, matlamatnya keabadian negeri akhir dan keredhaan Allah sumber segala sejarah, dan pasti segala kekuatan.

Telusuri warkah dan surat Ungku Hamidah serta Ungku Nur, sulaman pantun dan falsafah, dan hayati episod sejarah berlatar Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat Johor dan Turki serta cita-cita mengenepikan sekularisasi sebagai tenaga memulihkan kegemilangan sejarah demi mencapai kemurnian akidah.


Penulis: Faisal Tehrani 
Penerbit: Yayasan Warisan Johor 
Tahun: 2005
Bil. Muka Surat: 208
Harga: RM 65.00 (Kulit Keras) RM55.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Stok: Ada