Showing posts with label Tokoh-Terkenal-Johor. Show all posts
Showing posts with label Tokoh-Terkenal-Johor. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

TUN SYED NASIR; MENGIMBAU JASA, MENJUNJUNG CITRA

Tun Syed Nasir : Mengimbau Jasa, Menjunjung Citra

Gelaran Panglima Bahasa diberikan kepada beliau kerana penglibatan gigihnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957 sebaik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Bermula pada tahun 1960, dengan slogan Bahasa Jiwa Bangsa beliau melancarkan kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan di seluruh tanah air bagi memastikan bahasa Melayu didaulatkan menjadi Bahasa Rasmi negara menjelang tahun 1967.

Lanjutan daripada perjuangannya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, beliau berperanan aktif dalam usaha penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Penaja UKM pada Ogos 1968 dan dengan hasil sokongan padu semua pihak lahirlah UKM pada tahun 1970. Atas kewibawaannya beliau dilantik sebagai Pro-Canselor UKM pada 21 Disember 1977, dan sebagai mengenang jasanya, UKM telah menganugerahkan beliau ijazah Kehormat Doktor Persuratan di majlis konvokesyen keenam UKM pada Julai 1978. Selaku Speaker Dewan Rakyat yang disandangnya mulai Januari 1978, beliaulah orang yang pertama menggemakan Dewan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebelum berucap. Jawatan itu disandangnya sehingga ke akhir hayatnya iaitu pada 16 Mac 1982. Beliau telah dianugerahi beberapa gelaran, antaranya "Datuk" (1957), "Tan Sri" (1971) dan "Tun" (1982).

Harga : RM58.00
Caj Pos Laju : RM10.00

Friday, June 13, 2014

MOHD SAID SULAIMAN - CENDIKIAWAN TERBILANG JOHOR

Mohd Said Sulaiman - Cendikiawan Terbilang Johor
Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman merupakan seorang tokoh intelektual yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja sebagai orang kanan kepada Sultan Ibrahim Johor malah sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Karya-karya yang beliau hasilkan merangkumi pelbagai bidang iaitu aspek sejarah, bahasa, pengetahuan am, adat istiadat, sastera dan keagamaan. Segala ilmu yang terkandung di dalamnya melambangkan keperibadian tamadun Melayu dan menjadi sebahagian daripada sumber berharga negara.

Kepelbagaian dalam penulisan beliau telah memperkayakan dan mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu. Penulisan beliau boleh dianggap sebagai karya bangsa Melayu terpenting dan antara hasil usaha pengarang Melayu terbaik pada awal abad ke-20.


Penulis : Arba'iyah Mohd Noor
Penerbit: YWJ Citra
Tahun: 2011
Bil. Muka Surat: 242
Kulit : Lembut
Harga: RM35.00 
Pos Laju: RM10.00

ABDUL GHANI OTHMAN PEMBANGUNAN HOLISTIK: DIMENSI KEBUDAYAAN

Abdul Ghani Othman Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan
Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan mengandungi himpunan ucapan Abdul Ghani Othman, disusun untuk membayangkan satu kesatuan sempurna atau holistik pemikiran sosio-budaya. Pentadbiran beliau yang berlandaskan konsep kesatuan tersebut telah menghasilkan Johor dan Bandaraya Johor Bahru sebuah destinasi sosiobudaya yang menjadi pemangkin kehidupan budaya atau khususnya kehidupan pelbagai bidang seni yang dimungkinkan oleh pancaindera-pandangan, bauan, sentuhan, pendengaran serta rasa. Kesannya hari ini, negeri Johor bukan sahaja dapat membangun secara fizikal malah negeri ini kaya dengan tradisi ilmu dan budaya yang menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Kemantapan mental dan spiritual masyarakatnya membuktikan bahawa perlaksanaan konsep kesatuan yang memupuk setiap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, budaya dan agama kelak akan membina sebuah tamadun yang seimbang dan bersepadu.

Penulis : Zainal Abidin Borhan, Zam Ismail
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 188
Harga: RM69.00 (Kulit Keras)
Pos Laju: RM10.00

USMAN AWANG: PENGHUBUNG SASTERA MODEN DENGAN AKAR TRADISI

Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi
Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman Awang adalah tokoh sasterawan Malaysia yang menulis dalam semua genre sastera. Sasterawan terkemuka ini dialhirkan di Johor pada tahun 1929, dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Meskipun Uman Awang menghasilkan karya sastera dalam semua genre, namun ketokohannya yang menyerlah ialah dalam genre puisi dan drama. Selama sepuluh tahun beliau mengukir nama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia sehingga pernah diberi Anugerah Sasterawan Agung oleh Kumpulan Utusan Melayu.

Dalam buku ini dimuatkan 24 buah tulisan yang memperkatakan karya-karya Usman Awang dalam pelbagai genre, membandingkan karya sastera beliau dengan tokoh-tokoh sastera di peringakt antarabangsa, dan kesan kenangan beberapa orang teman terhadap pengalaman peribadi bersama-sama beliau. Meneliti tulisan-tulisan oleh tokh-tokoh sarjana dari dalam dan luar negara, dan tokoh-tokoh sasterawan dan wartawan mengenai Usman Awang dlam buku ini, pembaca akan memperolehi pengetahuan meluas bagi memahami pemikiran dan kehalusan seni tokoh terkemuka ini.


Penulis : Hamzah Hamdani


Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2003
Bil. Muka Surat: 332
Harga: RM55.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM10.00

SHAHAROM HUSAIN; GAPURA SASTERA JOHOR


Shaharom Husain ;
Gapura Sastera Johor
Shaharom Husain Gapura Sastera Johor menghimpunkan sejumlah besar esei dan tulisan para pengulas dan pengkritik sastera tanah air sama ada daripada kalangan penulis generasi baru mahupun penulis mapan tentang biografi, sumbangan dan pemikiran Shaharom Husain dalam bidang drama, novel, puisi, cerpen, buku kajian dan sejarah. Di samping itu, buku ini memuatkan juga karya-karya terpilih Shaharom Husain dalam bidang cerpen, puisi, kertas kerja dan tulisan kembara ke negara-negara yang dilawatinya yang sukar ditemui dalam buku-buku sastera hari ini untuk renungan dan pengajaran semua golongan pembaca.

Keistimewaan buku ini ialah terhimpunnya hampir kesemua pandangan pengulas dan pengkritik sastera dalam sebuah buku khas tentang ketokohan dan sumbangan bersejarah Shaharom Husain khususnya sebagai pelopor drama moden Malaysia yang terus konsisten berkarya dalam penulisan kreatif dan diskriptif. Novel terbarunya yang berunsur sejarah iaitu Di Bawah Hujan Peluru (2000) merupakan mata penanya yang terus mengalir subur.


Diselenggarakan oleh : Talib Samat

Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2003
Bil. Muka Surat: 903
Harga: RM 120.00 (Kulit Keras) RM92.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM10.00