Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

ARKEOLOGI KOTA SAYONG JOHOR: DATA AWALAN

Arkeologi Kota Sayong, Johor : Data Awalan
Penyelidikan arkeologi selatan Semenanjung terutamanya di negeri Johor sebelum ini, kebanyakannya terhad kepada penelitian awal iaitu survei tapak sahaja. Kegiatan survei arkeologi di negeri Johor oleh penyelidik tempatan bermula pada tahun 1970-an. Dalam tempoh ini terdapat beberapa laporan awal tentang penemuan tapak arkeologi di negeri Johor terutamanya di sekitar tebing Sungai Johor. Dalam laporan awal ini, dilaporkan tentang jumpaan taburan artifak yang berupa pecahan serpihan porselin China, tembikar tanah, wang syiling, barangan logam, barangan kaca dan sebagainya. Aktiviti galicari arkeologi yang komprehensif belum lagi dilakukan dalam tempoh tersebut. Galicari yang bercorak percubaan telah dilakukan dalam tempoh tahun 1970-an. Antara penyelidik tempatan yang melibatkan diri dalam galicari percubaan ialah Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Jalil dan Paiman Keromo.

Namun demikian, sejak akhir-akhir ini iaitu sekitar tahun 1990-an, keadaan telah berubah. Yayasan Warisan Johor telah sedar betapa pentingnya penyelidikan arkeologi dalam memelihara warisan bangsa dengan terlibat secara langsung dalam mempergiatkan aktiviti penyelidikan arkeologi Johor. Penyelidikan arkeologi telah menghasilkan data warisan sejarah untuk digunakan dalam merekonstruksi semula sejarah Johor.


Penulis : Asyaari bin Muhamad
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Tahun : 2001
ISBN : 983-2440-02-5
Bil Muka Surat : 211
Harga : RM65
Pos Laju: RM10.00

Tuesday, February 9, 2016

PENINGGALAN SEJARAH DI PERSISIRAN SUNGAI JOHOR

Peninggalan Sejarah Di Persisiran Sungai Johor
Buku ini adalah sebuah buku yang dapat memberi panduan kepada pembaca untuk mengetahui tempat-tempat bersejarah yang ada di sepanjang Sungai Johor. Usaha pengumpulan maklumat awal seperti ini penting bagi menjaga dan memelihara warisan sejarah supaya tidak terhakis dalam arus pembangunan.

Buku ini diharapkan dapat mendorong ke arah usaha-usaha penyelamatan memandangkan sebahagian besar daripada tempat-tempat bersejarah yang dilaporkan hanya merupakan benteng kota dan makam yang diperkirakan dari zaman Kesultanan Melayu Johor yang kini semakin dilupakan. Tidak banyak kesan peninggalan yang dapat dilihat dengan jelas namun dari maklumat sejarah yang digambarkan is pasti merupakan kawasan peninggalan yang sangat penting untuk diselidiki dengan lebih lanjut.

Usaha-usaha yang perlu dibuat adalah dengan mencari data-data sejarah yang lebih pasti seperti dengan melakukan ekskavasi, konservasi dan seterusnya membangunkan kembali kegemilangan kerajaan Johor yang pernah bertapak di Sungai Johor.


Penulis : Kamarudin Ab. Razak
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Tahun : 1998
ISBN : 983-99328-2-9
Bil Muka Surat : 96
Harga : RM65
Pos Laju: RM10.00

KESULTANAN JOHOR SEHINGGA 1699 (DALAM ILUSTRASI)


Kesultanan Johor Sehingga 1699 (Dalam Ilustrasi)
Penerbitan buku ini yang dimuatkan dengan lukisan-lukisan peristiwa bersejarah Kesultanan Johor sehingga 1699 yang pemerintahannya bertapak di persisiran Sungai Johor. Susunan hasil karya lukisan sejarah ini dibuat secara kronologi selaras dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa pemerintahan sultan-sultan Johor di persisiran Sungai Johor. Lukisan-lukisan yang dipaparkan merupakan gambaran yang diimaginasikan oleh pelukis dan diilustrasikan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi melalui pembacaan dan pemahaman catatan sejarah dari pelbagai sumber khususnya hasil kajian ahli sejarah iaitu Allahyarham Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Mohd Basri yang juga pakar runding Muzium Kota Tinggi.


Penulis: Kamarudin Ab Razak
Penerbit: Yayasan Warisan Johor 
Tahun: 2005
Bil. Muka Surat: 106
Harga: RM 170.00 (Kulit Keras) RM150.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM10.00

KOTA BUDAYA JOHOR BAHRU

Kota Budaya Johor Bahru

Buku ini mengandungi 10 buah kertas kerja yang disediakan oleh sepuluh buah jawatankuasa khas dilantik oleh kerajaan negeri bagi menghasilkan gagasan-gagasan yang boleh membantu kerajaan negeri merangka pelan pembangunan semula Johor Bahru Sentral sebagai sebuah kota budaya yang mampu.

Himpunan Kertas Kerja -Seminar Pelan Pembangunan Kota Budaya, Johor Bahru.

  1. Pasar Seni Jalan Meldrum -Dato Haji Johari Suratman
  2. Pusat Seni Persembahan -Othman Haji Zainuddin
  3. Sanggar Rupa dan Jiwa Johor -Prof Dr. Muliyadi Mahamood
  4. Puri Persuratan Johor -Hj. Md. Ismail Zamzam
  5. Rimba Warisan Tanjung Puteri -Prof. Emeritus Datuk Hj. Abu Bakar Hamid
  6. Muzium Negeri Johor -Kamarudin Ab. Razak
  7. Pusat Kesenian Islam Negeri Johor -Hj. Jainal Sakiban Al-Jauhari
  8. Pembinaan Khalayak Seni - Hj Sufiat Mukri
  9. Industri Budaya Johor -Hj. Mohd Azmi Ibrahim
  10. Pusat Dokumentasi Johor -Abu Rahman Hj Ahmad
Penulis: JOHARI SURATMAN, KAMARUDIN AB. RAZAK, ABU BAKAR HAMID, MD ISMAIL ZAMZAM, OTHAMN HJ ZAINUDDIN, MULIYADI MAHAMOOD, JAINAL SAKIBAN AL-JAUHARI, SUFIAT MUKRI, MOHD AZMI IBRAHIM, ABU RAHMAN HJ AHMAD

Penerbit: MAIJ URUS Sdn BHd
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 238
Kulit: Lembut
Harga: RM 20.00

BATU ACEH WARISAN SEJARAH JOHOR


Batu Aceh Warisan Sejarah Johor
Batu Aceh Warisan Sejarah Johor yang ditulis oleh Daniel Perret dan Kamaruddin Abd. Razak dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 1999. Berdasarkan kajian Daniel dan Kamaruddin, batu Aceh “digunakan untuk orang Islam tertentu sahaja di Semenanjung Malaysia mulai abad ke-15. Sebenarnya maklumat yang terkandung dalam tulisan yang diukir pada beberapa batu Aceh menunjukkan bahawa ia digunakan sebagai tanda makam sultan, kaum kerabatnya serta orang-orang Besar kerajaan.”


Penulis : Daniel Perret dan Kamaruddin Ab Razak
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
ISBN :983-99328-4-5 
Tahun: 1999
Bil. Muka Surat : 510
Harga : RM150.00 (Kulit Lembut)/RM170.00 (Kulit Keras)
Pos Laju: RM10.00

Monday, June 16, 2014

BATU ACEH JOHOR DALAM PERBANDINGAN

Batu Aceh Johor Dalam Perbandingan

Buku ini merupakan sambungan daripada buku Batu Aceh Warisan Sejarah Johor (1999), bertujuan menyampaikan hasil kajian tentang satu golongan batu nisan Islam yang ada di Malaysia yang disebut " batu Aceh" kerana dipercayai hasil suatu tradisi kesenian yang berasal dari bahagian utara Sumatera mulai abad ke-13.

Buku ini merupakan hasil karya Daniel Perret dan Kamaruddin Ab Razak, dua tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang pengkajian artifak bersejarah khususnya yang berkaitan dengan epigrafi. Pengkajian yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini sangat teliti. Ini dapat dilihat menerusi perbandingan kajian dengan tokoh-tokoh epigrafi sebelumnya di mana jumlah batu aceh yang ditemui oleh kedua-dua tokoh ini jauh lebih tinggi berbanding tokoh-tokoh sebelumnya. Lokasi setiap batu aceh yang ditemui telah dimasukkan di dalam buku ini. Penulis buku turut memuatkan tipologi dan epigrafi setiap batu aceh yang ditemui. Perbandingan batu aceh yang bertaburan di seluruh Semenanjung dengan batu aceh yang terdapat di negeri Johor telah dihuraikan di dalam buku ini. Kandungan buku ini menjadi tambah menarik apabila gambar foto batu aceh yang terdapat di seluruh semenanjung dimuatkan di dalam bahagian akhir buku ini.


Penulis : Daniel Perret dan Kamaruddin Ab Razak
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2004
Bil. Muka Surat : 468

Harga : RM150.00 (Kulit Lembut)/RM170.00 (Kulit Keras)
Pos Laju: RM10.00

ZAPIN MELAYU DI NUSANTARA

Zapin Melayu di Nusantara
Buku ini merupakan himpunan 20 kertas kerja FESTIVAL ZAPIN NUSANTARA 1998 anjuran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ).

1. Zapin di Istana Kerajaan Pelalawan -Tenas Effendy
2. Tari Zapin Nusantara: Sejarah Perkembangannya di Palembang -Djohan Hanafiah
3. Zapin-Gambus di Wilayah Kabupaten Deli-Serdang, Sumatera Utara -Tengku Luckman Sinar, SH (Tengku Pangeran Temenggong Mangkunegara)
4. Dana: Tari Pergaulan Bernafaskan Islam di Jambi -Tom Ibnur
5. Falsafah Kesenian Islam dalam Zapin Melayu: Leksikon dan Ikonografi Handasah Al-Sawt di Alam Melayu -Mohd Anis Md Nor
6. Falsafah Zafin Melayu Riau Pulau Penyegat di Kepulauan Riau -Raja Hamzah Yunus
7. Falsafah Tari Jepin Kalimantan Barat -H. Munawar Kalahan
8. Falsafah Persembahan dalam Zapin Riau -H. Said Mahmod Umar
9. Dasar Langkah Tari Zapin Riau dan Sekelumit Pengembangannya -Tengku Rahimah Daud
10. Zapin Asli Siak Sri Indrapura -Zulkifli ZA
11. Tarian Zapin di Sarawak -Sharkawi Haji Amit
12. Tari Jepin Kalimantan Barat -A. Muin Ikram
13. Zapin Riau: Tinjauan Koreografi dan Ensembel Perkusi -Said Parman
14. Sturktur Rentak dan Melodi Zapin Sumatera Utara -Fadlin Ja'far
15. Muzik Zapin: Pendekatan Sebuah Komposisi -S. Berrein
16. Muzik Pengiring Tari Dana: Tautannya dengan Perkembangan Muzik Tradisional Jambi -Zurhatmi Ismail
17. Tari Zapin dan Perkembangannya di Deli Serdang -H. Jose Rizal Firdaus
18. Sejarah Tari Zapin dan Perkembangannya di Kerajaan Siak Sri Indrapura -H.O.K. Nizami Jamil
19. Sejarah Perkembangan Tari Dana di Propinsi Jambi -Ja'far Rassuh
20. Seni Tari Zapin: Tinjauan Sejarah dan Perkembangan Pasang Surutnya di Kalimantan Barat -H. Mawardi Rivai



Penulis : Mohd Anis Md Nor
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2010
Bil. Muka Surat: 303
Kulit : Lembut
Harga Asal: RM38.00 
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Stok: Ada

GHAZAL MELAYU JOHOR

Ghazal Melayu Johor
Ghazal merupakan satu bentuk nyanyian puisi yang sangat terkenal di Tanah Arab sejak zaman sebelum Islam lagi. Ghazal dalam masyarakat Melayu terdapat dalam dua bentuk, iaitu bentuk muzik dan bentuk puisi. Ghazal dalam bentuk muzik dipersembahkan untuk tontonan dan didapati dalam dua jenis. Pertama Ghazal yang terkenal di Selatan Semenanjung Malaysia, terutama di negeri Johor. Kedua, ghazal yang terdapat di Utara Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah dan Perak. Selain itu, ghazal dalam bentuk puisi pula ditulis dan terdapat dalam buku-buku kesusasteraan Melayu Tradisional, misalnya dalam Taj As- Salatin.

Pada awalnya muzik ghazal dimainkan dengan menggunkan Sharinggi, sitar, harmonium dan tabla. Orang-orang Melayu kemudian mengubahnya kepada alat-alat yang lebih mudah seperti violin yang berasal dari negeri barat, yang menggantikan sharinggi. Manakala gambus yang berasal dari Aarab digunakan dalam muzik ghazal untuk menggantikan penggunaan alat muzik sitar. Hanya penggunan harmonium dan tabla dikekalkan.



Irma ghazal dikatakan mengandungi irama yang serupa dengan irama yang terdapat dalam rubaiyat, iaitu yang dinamakan Hajaz. Ghazal juga menyerupai qasidah dari segi bentuk dan corak iramanya Cuma kandungan qasidah itu lebih panjang.



Kebanyakan lagu ghazal dicipta dan diberi tajuk secara spontan. Hal ini bermaksud lagu ghazal dicipta di mana-mana dan pada bila-bila masa. Justeru, lagu-lagu ghazal dari segi penciptaannya mencerminkan masyarakat semasa, misalnya lagu Pak Ngah Balik.



(Sumber: Rohaya Ahmad, Ghazal Melayu Johor)


Penulis : Rohaya Ahmad
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2007
Bil. Muka Surat: 192
Kulit : Lembut
Harga Asal: RM38.00 
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Stok: Ada

Friday, June 13, 2014

IMBASAN PERISTIWA BERSEJARAH JOHOR

Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor 
Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor ini memuatkan lapan puluh peristiwa bersejarah di negeri Johor antara lain termasuklah kisah kegemilangan negeri Johor di bawah raja-raja Melayu keturunan raja Melaka, bendahara mengambil alih kerajaan Johor selepas peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang, keturunan Temenggung menguasai kerajaan Johor hinggalah ke hari ini, penentangan penubuhan Malayan Union, dan seterusnya Johor menjadi negeri pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau United Malays National Organization (UMNO) yang memeperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).


Penulis: Matlob, Zam Ismail
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2002
Bil. Muka Surat: 149
Kulit: Lembut
Harga: RM 21.00
Pos Laju: RM10.00

POLITIK KERAJAAN JOHOR 1718-1862

Politik Kerajaan Johor 1718 - 1862
Sekitar abad ke-18 dan ke-19, memperlihatkan beberapa fenomena politik dalam negeri Johor. Terutamanya ekoran daripada kemasukan pengaruh Bugis dan kuasa barat, politik Johor mengalami beberapa perubahan. Untuk membuat kajian perihal politik Johor, selain penggunaan sumber Barat dan tulisan sarjana-sarjana Barat, fenomena politik ini boleh juga dilihat dari kaca mata penulis tempatan ataupun melalui manuskrip Melayu. 

Buku ini membincangkan tentang fenomena-fenomena yang berkaitan dengan aspek politik dalam Kerajaan Johor dalam tempoh-tempoh abad ke-18 dan ke-19. Tahun 1699 memperlihatkan penggantian kesultanan Kerajaan Johor daripada warisan kesultanan Melaka kepada keluarga Bendahara. 

Seperkara yang tidak dapat dinafikan, politik kerajaan Melayu sangat berkait rapat dengan peperangan. Institusi peperangan sebenarnya menjadi salah satu unsur utama dalam memastikan kewujudan dan kekuatan sesebuah kerajaan. 

Oleh itu, kajian ini berusaha melihat situasi politik Johor yang dipaparkan di dalam manuskrip Melayu (terutamanya Tuhfat al-Nafis) disamping membandingkan paparan ini dengan sumber-sumber lain terutamanya sumber British.


Penulis: Mardiana Nordin
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 248
Kulit: Lembut
Harga: RM 38.00
Pos Laju: RM10.00

40 JENIS SAMBAL JOHOR


40 Jenis Sambal Johor 
Buku ini adalah koleksi resepi Sambal Melayu Tradisional Hj. Jamil Markom. Buku ini merupakan salah satu daripada aneka juadah Johor yang sekiranya tidak dipugar dan didokumentasikan, budaya penyediaan juadah ini akan sirna dalam kehidupan masyarakat bangsa kita hari ini.


Penyelenggara: Dzul Karnain Asmawi 
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2006 (Cetakan Kedua)
Bil. Muka Surat: 40
Kulit: Lembut
Harga: RM 12.00
Pos Laju: RM 10.00