Friday, June 13, 2014

SHAHAROM HUSAIN; GAPURA SASTERA JOHOR


Shaharom Husain ;
Gapura Sastera Johor
Shaharom Husain Gapura Sastera Johor menghimpunkan sejumlah besar esei dan tulisan para pengulas dan pengkritik sastera tanah air sama ada daripada kalangan penulis generasi baru mahupun penulis mapan tentang biografi, sumbangan dan pemikiran Shaharom Husain dalam bidang drama, novel, puisi, cerpen, buku kajian dan sejarah. Di samping itu, buku ini memuatkan juga karya-karya terpilih Shaharom Husain dalam bidang cerpen, puisi, kertas kerja dan tulisan kembara ke negara-negara yang dilawatinya yang sukar ditemui dalam buku-buku sastera hari ini untuk renungan dan pengajaran semua golongan pembaca.

Keistimewaan buku ini ialah terhimpunnya hampir kesemua pandangan pengulas dan pengkritik sastera dalam sebuah buku khas tentang ketokohan dan sumbangan bersejarah Shaharom Husain khususnya sebagai pelopor drama moden Malaysia yang terus konsisten berkarya dalam penulisan kreatif dan diskriptif. Novel terbarunya yang berunsur sejarah iaitu Di Bawah Hujan Peluru (2000) merupakan mata penanya yang terus mengalir subur.


Diselenggarakan oleh : Talib Samat

Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2003
Bil. Muka Surat: 903
Harga: RM 120.00 (Kulit Keras) RM92.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment