Friday, June 13, 2014

USMAN AWANG: PENGHUBUNG SASTERA MODEN DENGAN AKAR TRADISI

Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi
Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman Awang adalah tokoh sasterawan Malaysia yang menulis dalam semua genre sastera. Sasterawan terkemuka ini dialhirkan di Johor pada tahun 1929, dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Meskipun Uman Awang menghasilkan karya sastera dalam semua genre, namun ketokohannya yang menyerlah ialah dalam genre puisi dan drama. Selama sepuluh tahun beliau mengukir nama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia sehingga pernah diberi Anugerah Sasterawan Agung oleh Kumpulan Utusan Melayu.

Dalam buku ini dimuatkan 24 buah tulisan yang memperkatakan karya-karya Usman Awang dalam pelbagai genre, membandingkan karya sastera beliau dengan tokoh-tokoh sastera di peringakt antarabangsa, dan kesan kenangan beberapa orang teman terhadap pengalaman peribadi bersama-sama beliau. Meneliti tulisan-tulisan oleh tokh-tokoh sarjana dari dalam dan luar negara, dan tokoh-tokoh sasterawan dan wartawan mengenai Usman Awang dlam buku ini, pembaca akan memperolehi pengetahuan meluas bagi memahami pemikiran dan kehalusan seni tokoh terkemuka ini.


Penulis : Hamzah Hamdani


Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2003
Bil. Muka Surat: 332
Harga: RM55.00 (Kulit Lembut)
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment