Monday, June 16, 2014

EMPAYAR IX

Empayar IX Apakah kejayaan akan terbukti di sebalik setiap kegagalan? Setelah maruah sebuah negara dipersenda, dikecewa dan diketawa oleh seteru; apakah sebagai seorang pejuang pembela negara dia akan berdiam diri menjadi persis busut serangga? Apakah sebagai seorang Laksamana yang mengalir dalam darah seluruh galur dakar, dia akan hanya membisu menjadi lelaki perkasa cuma pada nama? Tidak! Dia...

TIARA PESONA

Tiara Pesona Tiara itu mahkota, pesona itu ibarat sihir. Manusia berbalah lantaran terpesona dengan kilauan tiara yang mewah dan gah. Tiara Pesona bermula dengan penderitaan Megat Seri Rama yang tidur di kuburan isterinya Wan Anum, setelah isterinya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah II gara-gara seulas nangka. Demi membalas dendam ke atas kematian isteri dan anaknya, Megat Seri Rama merancang pembunuhan...

BATU ACEH JOHOR DALAM PERBANDINGAN

Batu Aceh Johor Dalam Perbandingan Buku ini merupakan sambungan daripada buku Batu Aceh Warisan Sejarah Johor (1999), bertujuan menyampaikan hasil kajian tentang satu golongan batu nisan Islam yang ada di Malaysia yang disebut " batu Aceh" kerana dipercayai hasil suatu tradisi kesenian yang berasal dari bahagian utara Sumatera mulai abad ke-13. Buku ini merupakan hasil karya Daniel...

TAJ AL-SALATIN: MAHKOTA RAJA RAJA

Taj-Al-Salatin: Mahkota Raja Raja Manuskip Taj Al- Salatin yang telah disalin oleh Muhammad bin Umar Syaikh Farid pada 4 Zulhijjah 1239 (31 July, 1824) dianggap sebagai naskah Melayu tercantik yang pernah ditemui dan sekarang tersimpan (dan dipamerkan) di Muzium British, London.Taj al-Salatin atau “Mahkota Raja-raja” merupakan kitab pertama dalam sastra Melayu Islam yang membicarakan masalah...

ZAPIN MELAYU DI NUSANTARA

Zapin Melayu di Nusantara Buku ini merupakan himpunan 20 kertas kerja FESTIVAL ZAPIN NUSANTARA 1998 anjuran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ). 1. Zapin di Istana Kerajaan Pelalawan -Tenas Effendy 2. Tari Zapin Nusantara: Sejarah Perkembangannya di Palembang -Djohan Hanafiah3. Zapin-Gambus di Wilayah Kabupaten Deli-Serdang, Sumatera Utara -Tengku Luckman...

GHAZAL MELAYU JOHOR

Ghazal Melayu Johor Ghazal merupakan satu bentuk nyanyian puisi yang sangat terkenal di Tanah Arab sejak zaman sebelum Islam lagi. Ghazal dalam masyarakat Melayu terdapat dalam dua bentuk, iaitu bentuk muzik dan bentuk puisi. Ghazal dalam bentuk muzik dipersembahkan untuk tontonan dan didapati dalam dua jenis. Pertama Ghazal yang terkenal di Selatan Semenanjung Malaysia, terutama di negeri...

Friday, June 13, 2014

DATO' ONN JAAFAR - PEJUANG TERBILANG

Dato' Onn Jaafar - Pejuang Terbilang Onn bin Ja'afar sememangnya seorang insan istimewa dan permata yang telah menyinarkan kegemilangannya bagi melahirkan dan mencetuskan semangat, kesedaran dan kebangsaan dalam arus siasah dan sejarah kebangkitan negara bangsa. Selain menterjemah erti perjuangan, riwayat kehidupannya sendiri turut menggambarkan falsafah lilin yang terus membakar diri demi...

DATO' ONN JAAFAR DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Dato' Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan Penerbitan buku ini merupakan hasil seminar dan kursus berkaitan yang dianjurkan oleh Institusi Kepimpinan dan Latihan Semangat (IKLAS). Penulis : Ismail Adnan Penerbit: Yayasan Warisan Johor Tahun: 2006 Bil. Muka Surat: 165 Kulit : Lembut Harga: RM 28.00  Pos Laju: RM 10.00  ...

THE MYTH OF DATO' ONN JAAFAR: The Forgotten Hero

The Myth Of Dato' Onn Jaafar: The Forgotten Hero (English) Dato’ Onn was the first modern Malay leader to attain political eminence in his own country. A visionary who was ahead of his time, Dato Onn’s contributions shape the destiny of his nation, which were tangled to shameless truths and untruths. Constantly strove to ‘punch above his weight’, he was the first man to bring the Malays together...

MOHD SAID SULAIMAN - CENDIKIAWAN TERBILANG JOHOR

Mohd Said Sulaiman - Cendikiawan Terbilang Johor Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman merupakan seorang tokoh intelektual yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja sebagai orang kanan kepada Sultan Ibrahim Johor malah sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Karya-karya yang beliau hasilkan merangkumi pelbagai bidang...

ABDUL GHANI OTHMAN PEMBANGUNAN HOLISTIK: DIMENSI KEBUDAYAAN

Abdul Ghani Othman Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan mengandungi himpunan ucapan Abdul Ghani Othman, disusun untuk membayangkan satu kesatuan sempurna atau holistik pemikiran sosio-budaya. Pentadbiran beliau yang berlandaskan konsep kesatuan tersebut telah menghasilkan Johor dan Bandaraya Johor Bahru sebuah destinasi sosiobudaya yang menjadi pemangkin...

USMAN AWANG: PENGHUBUNG SASTERA MODEN DENGAN AKAR TRADISI

Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman Awang adalah tokoh sasterawan Malaysia yang menulis dalam semua genre sastera. Sasterawan terkemuka ini dialhirkan di Johor pada tahun 1929, dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Meskipun Uman Awang menghasilkan karya sastera dalam semua genre, namun ketokohannya yang menyerlah ialah...

SHAHAROM HUSAIN; GAPURA SASTERA JOHOR

Shaharom Husain ; Gapura Sastera Johor Shaharom Husain Gapura Sastera Johor menghimpunkan sejumlah besar esei dan tulisan para pengulas dan pengkritik sastera tanah air sama ada daripada kalangan penulis generasi baru mahupun penulis mapan tentang biografi, sumbangan dan pemikiran Shaharom Husain dalam bidang drama, novel, puisi, cerpen, buku kajian dan sejarah. Di samping itu, buku ini...

HIKAYAT JOHOR DAN TAWARIKH ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR

Hikayat Johor dan Tawarikh AlMarhum Sultan Abu Bakar Buku ini adalah kajian analisis tentang Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar (Hikayat Johor) yang dikarang oleh Mejar Dato' Mohd Said bin Sulaiman. Hikayat ini membincangkan kedudukan Hikayat Johor dari segi persejarahan dan kesahihan fakta-fakta yang dikemukan. Buku ini juga mengandungi transliterasi rumi dan terjemahan...

SI KEMBANG DESA

Si Kembang Desa Keluarga menjadi tonggak penting dalam kehidupan. Bapa, emak, abang, kakak dan adik merupakan sepohon keluarga yang redup dan rimbun. Gagah berdiri akarnya mencengkam bumi. Pucuknya menjulang ke langit terbuka. Bila matahari menumpah sinarnya, terbentuklah bebayang di bawahnya. Berkisar tentang Hajar, gadis kampung yang mengutamakan keluarga dalam dirinya; maruah dan nama baik...

SEJERNIH KASIH SETULUS KEMAAFAN

Sejernih Kasih Setulus Kemaafan Mardiah gadis kampung yang dipelihara oleh neneknya, terdidik dengan kehalusan nilai-nilai tradisi dan agama, tiba-tiba mengalami kejutan budaya apabila kembali hidup bersama ibu-bapa dan keluarganya di bandar. Mampukah Mardiah menghadapinya? Sebagai seorang wanita yang sedang meningkat remaja apakah Mardiah mudah dibuai dan leka dengan kehidupan mewah itu? Penulis:...

BADAI HUJUNG TANAH

Badai Hujung Tanah Novel sejarah Johor yang berlatarkan zaman kesultanan Sultan Muzafar Shah berkerajaan di Bukit Seluyut. Bagaimana baginda menggunakan kebijaksaan akal baginda dalam menahan terjahan musuh-musuh kerajaan Hujung Tanah. Novel terbitan dengan kerjasama MPH ini merupakan pemenang tempat kedua di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Kedua 2007. Penulis: Mohd. Kasim...

RELASI

Relasi Relasi mentafsir erti sahabat. 'sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara' menjadi kata kunci kepada novel ini. Novel terbitan dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu ini, menampilkan persoalan tentang persahabatan, hubungan, keikhlasan, kemurniaan hati, salah faham, dendam, sengketa dan cinta. Penulis: Hilal AsyrafPenerbit: YWJ Citra Holdings Sdn BhdTahun: 2009Bil. Muka Surat: 269Kulit:...

KIDUNG AKARKU

Kidung Akarku Menghimpunkan enam buah puisi, enam buah cerpen, dua buah esei dan kritikan sastera, sebuah drama radio dan tiga buah karya penulis remaja (bawah 19 tahun). Kesemua karya merupakan penerima Hadiah Sastera Darul Ta'zim Keenam (HSDT VI) anjuran Yayasan Warisan Johor. Penyelenggara: Zam Ismail dan W.B.RendraPenerbit: YWJ Citra Holdings Sdn BhdTahun: 2009 Bil. Muka Surat: 244 Kulit:...

MISTERI KELADI BUNTING

Misteri Keladi Bunting Ah Meng dan Rajan bersahabat baik. Mereka terlibat dengan projek sekolah iaitu menghiasi kolam sekolah yang baru dibina. Mereka diminta mencari pokok keladi bunting. Dalam pencarian pokok keladi bunting itu, mereka meminta bantuan Abang Johan penuntut tahun akhir sebuah universiti tempatan. Namun, lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Lain pula dugaan yang dihadapi. Yang...

AYAHKU OLONG NAN

Ayahku Olong Nan  Olong Nan yang hidup sendirian setelah kematian isteri, terpaksa akur dengan ketiadaan dua orang anaknya yang sudah dewasa. Anak perempuannya Hanum telah berumah tangga dan pergi mengikut suaminya ke kota. Zaki pula menghilangkan diri kerana merajuk. Olong Nan sedar, kelopak kedamaiannya kian teruji oleh masa yang berlalu. Dia membangunkan kebun kekeluargaannya dengan...

MASYARAKAT KETURUNAN JAWA JOHOR

Masyarakat Keturunan Jawa Johor  Masyarakat Jawa Johor dewasa ini sudah tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai "Orang Jawa" tetapi lebih kepada "Orang Johor". Label Jawa hanya sekadar nostalgia atau kenangan yang selalu menghimbau kehalusan budaya yang diwarisi. Walaupun orang Jawa di Johor sudah ditahap tiga dan empat generasi, namun kerinduan kepada elemen yang berbau...

TOKOH TERNAMA JOHOR

Tokoh Ternama Johor Buku ini adalah lanjutan kepada buku Pejuang Terbilang Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman pada 31 Ogos 2002 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia peringkat negeri Johor yang telah berlangsung di Bandar Kluang. Buku Tokoh Ternama Johor ini memuatkan...

IMBASAN PERISTIWA BERSEJARAH JOHOR

Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor  Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor ini memuatkan lapan puluh peristiwa bersejarah di negeri Johor antara lain termasuklah kisah kegemilangan negeri Johor di bawah raja-raja Melayu keturunan raja Melaka, bendahara mengambil alih kerajaan Johor selepas peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang, keturunan Temenggung menguasai kerajaan Johor hinggalah ke hari...

SENJATA-SENJATA DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU JOHOR

Senjata-Senjata Di Zaman Kesultanan Melayu Johor Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan 'Ke' dan 'aris' yang bermakna tenang, lambat dan halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu. Di Aceh ia dikenali sebagai Rencong, di Sulawesi sebagai Badek, Jawa Barat sebagai Kujang dan Jawa Tengah serta Timur sebagai...

POLITIK KERAJAAN JOHOR 1718-1862

Politik Kerajaan Johor 1718 - 1862 Sekitar abad ke-18 dan ke-19, memperlihatkan beberapa fenomena politik dalam negeri Johor. Terutamanya ekoran daripada kemasukan pengaruh Bugis dan kuasa barat, politik Johor mengalami beberapa perubahan. Untuk membuat kajian perihal politik Johor, selain penggunaan sumber Barat dan tulisan sarjana-sarjana Barat, fenomena politik ini boleh juga dilihat dari kaca...