Masyarakat Keturunan Jawa Johor
Masyarakat Jawa Johor dewasa ini sudah tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai "Orang Jawa" tetapi lebih kepada "Orang Johor". Label Jawa hanya sekadar nostalgia atau kenangan yang selalu menghimbau kehalusan budaya yang diwarisi.
Walaupun orang Jawa di Johor sudah ditahap tiga dan empat generasi, namun kerinduan kepada elemen yang berbau Jawa masih dapat dikekalkan seperti yang ketara dalam bidang seni dan budaya sama ada yang tampak atau sebaliknya. Mereka mencurah kasih dan taat setia di sini sesuai dengan pepatah "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!"
Adakah perkataan atau bahasa Jawa akan mengalami kepupusan dalam masa 40 tahun akan datang? Diharapkan buku ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan malah dijadikan bahan kajian sebaik-baiknya oleh semua golongan lapisan masyarakat terutamanya masyarakat Jawa yang berada di Johor.
Penulis: Noriah Mohamed, Kamdi Kamil
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2011
Bil. Muka Surat: 388
Kulit: Lembut
Harga: RM 48.00
Stok: Ada
0 ulasan:
Post a Comment