Wednesday, February 10, 2016

ARKEOLOGI KOTA SAYONG JOHOR: DATA AWALAN

Arkeologi Kota Sayong, Johor : Data Awalan
Penyelidikan arkeologi selatan Semenanjung terutamanya di negeri Johor sebelum ini, kebanyakannya terhad kepada penelitian awal iaitu survei tapak sahaja. Kegiatan survei arkeologi di negeri Johor oleh penyelidik tempatan bermula pada tahun 1970-an. Dalam tempoh ini terdapat beberapa laporan awal tentang penemuan tapak arkeologi di negeri Johor terutamanya di sekitar tebing Sungai Johor. Dalam laporan awal ini, dilaporkan tentang jumpaan taburan artifak yang berupa pecahan serpihan porselin China, tembikar tanah, wang syiling, barangan logam, barangan kaca dan sebagainya. Aktiviti galicari arkeologi yang komprehensif belum lagi dilakukan dalam tempoh tersebut. Galicari yang bercorak percubaan telah dilakukan dalam tempoh tahun 1970-an. Antara penyelidik tempatan yang melibatkan diri dalam galicari percubaan ialah Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Jalil dan Paiman Keromo.

Namun demikian, sejak akhir-akhir ini iaitu sekitar tahun 1990-an, keadaan telah berubah. Yayasan Warisan Johor telah sedar betapa pentingnya penyelidikan arkeologi dalam memelihara warisan bangsa dengan terlibat secara langsung dalam mempergiatkan aktiviti penyelidikan arkeologi Johor. Penyelidikan arkeologi telah menghasilkan data warisan sejarah untuk digunakan dalam merekonstruksi semula sejarah Johor.


Penulis : Asyaari bin Muhamad
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Tahun : 2001
ISBN : 983-2440-02-5
Bil Muka Surat : 211
Harga : RM65
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment