Monday, June 16, 2014

BATU ACEH JOHOR DALAM PERBANDINGAN

Batu Aceh Johor Dalam Perbandingan

Buku ini merupakan sambungan daripada buku Batu Aceh Warisan Sejarah Johor (1999), bertujuan menyampaikan hasil kajian tentang satu golongan batu nisan Islam yang ada di Malaysia yang disebut " batu Aceh" kerana dipercayai hasil suatu tradisi kesenian yang berasal dari bahagian utara Sumatera mulai abad ke-13.

Buku ini merupakan hasil karya Daniel Perret dan Kamaruddin Ab Razak, dua tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang pengkajian artifak bersejarah khususnya yang berkaitan dengan epigrafi. Pengkajian yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini sangat teliti. Ini dapat dilihat menerusi perbandingan kajian dengan tokoh-tokoh epigrafi sebelumnya di mana jumlah batu aceh yang ditemui oleh kedua-dua tokoh ini jauh lebih tinggi berbanding tokoh-tokoh sebelumnya. Lokasi setiap batu aceh yang ditemui telah dimasukkan di dalam buku ini. Penulis buku turut memuatkan tipologi dan epigrafi setiap batu aceh yang ditemui. Perbandingan batu aceh yang bertaburan di seluruh Semenanjung dengan batu aceh yang terdapat di negeri Johor telah dihuraikan di dalam buku ini. Kandungan buku ini menjadi tambah menarik apabila gambar foto batu aceh yang terdapat di seluruh semenanjung dimuatkan di dalam bahagian akhir buku ini.


Penulis : Daniel Perret dan Kamaruddin Ab Razak
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2004
Bil. Muka Surat : 468

Harga : RM150.00 (Kulit Lembut)/RM170.00 (Kulit Keras)
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment