Friday, June 13, 2014

DATO' ONN JAAFAR - PEJUANG TERBILANG

Dato' Onn Jaafar - Pejuang Terbilang
Onn bin Ja'afar sememangnya seorang insan istimewa dan permata yang telah menyinarkan kegemilangannya bagi melahirkan dan mencetuskan semangat, kesedaran dan kebangsaan dalam arus siasah dan sejarah kebangkitan negara bangsa.

Selain menterjemah erti perjuangan, riwayat kehidupannya sendiri turut menggambarkan falsafah lilin yang terus membakar diri demi menerangi orang lain. Hakikat itu cukup jelas dengan menilai kesediaannya merentas liku-liku penuh berduri untuk menentukan pegangannya sentiasa tetap dan tetap walaupun terpaksa menentang arus serta melepaskan dahan yang rendang untuk berpaut.



Pemaparan pejuangan Onn Ja'afar dalam bentuk sebuah buku edisi khas bergambar adalah merupakan penghargaan yang setinggi-tingginya atas pengorbanan dan perjuangannya. Susur galur ini akan diperincikan menurut sorotan pelbagai peristiwa yang telah dapat dikumpulkan untuk menghayati dan mengenali lebih dekat seorang pejuang sebuah negara bangsa.


Penulis : Fadzil Abdullah, Kassim Thukiman, Md Zin Idros
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2007
Bil. Muka Surat: 136
Kulit : Keras
Harga: RM120.00 
Pos Laju: RM 10.00 

0 ulasan:

Post a Comment