Monday, June 16, 2014

TIARA PESONA

Tiara Pesona
Tiara itu mahkota, pesona itu ibarat sihir. Manusia berbalah lantaran terpesona dengan kilauan tiara yang mewah dan gah. Tiara Pesona bermula dengan penderitaan Megat Seri Rama yang tidur di kuburan isterinya Wan Anum, setelah isterinya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah II gara-gara seulas nangka. Demi membalas dendam ke atas kematian isteri dan anaknya, Megat Seri Rama merancang pembunuhan sultan yang kejam itu sehingga tercetus huru hara menyebabkan kemangkatan Sultan Mahmud.

Kesultanan Johor diteruskan oleh Raja Kecil yang berusaha merebut Johor. Pelbagai rintangan dihadapinya namun baginda terus mempertahankan kemandirian kerabatnya hingga ke hujung hayat. Hasrat baginda untuk menjadikan Johor aman makmur sesudah dapat dimilikinya, hingga tragedi tiba.

Siapakah Raja Kecil sebenarnya? Seorang manusia yang sarat dengan hitam putih sifat kemanusiaan. Seorang yang dipertikaikan namun kewujudannya dibuktikan dalam catatan sejarah….dan adakah sejarah akan berulang?

Novel ini telah memenangi tempat pertama Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010


Penulis : Rahimah Muda

Penerbit: YWJ Citra Holdings
Tahun: 2011
Bil. Muka Surat: 471
Kulit : Lembut
Harga Asal : RM24.60 
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment