Friday, June 13, 2014

TOKOH TERNAMA JOHOR

Tokoh Ternama Johor
Buku ini adalah lanjutan kepada buku Pejuang Terbilang Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman pada 31 Ogos 2002 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia peringkat negeri Johor yang telah berlangsung di Bandar Kluang.

Buku Tokoh Ternama Johor ini memuatkan riwayat hidup 24 orang tokoh ulung Johor yang telah menempa nama dan memberikan sumbangan besar kepada negeri Johor dan negara Malaysia. Antara mereka ialah Tun Sri Lanang, Wong Ah Fook, Lim See Poon, Dato' Muhammad bin Mahbob, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Dato' Abdullah bin Mahat, Haji Ismail bin Haji Yusof, Dato' Abdullah bin Esa, Pak Lomak, Dato' Syed Abdul Kadir bin Mohamed bin Yahya, Dato' Syed Esa bin Alwee, Dato' Kiai Haji Shamsuddin, Dato' Sulaiman bin Abd Rahman, Abdullah bin Sidek, Haji Mohd Diah bin Haji Abd Rahman, Khadijah bte Sidek, Dato' Embong bin Yahya, Kasmani bin Haji Ariff, Tan Sri Dato' Melan bin Abdullah, Dato' Haji Ahmad bin Arshad, Sheikh Gharieb bin Sheikh Raouf, Datuk Lokman bin Musa, Dato' Ali bin Haji Ahmad dan Ahmad bin Jusoh.


Penulis: Abu Bakar A. Hamid, Md. Ismail Zamzam
Penerbit: Yayasan Warisan Johor
Tahun: 2003
Bil. Muka Surat: 160
Kulit: Lembut
Harga: RM 26.00
Pos Laju: RM10.00

0 ulasan:

Post a Comment